Want your
own Fotopage?























 


By: Latinah Mohamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Oct-2006 09:30 Email | Share | Bookmark
UNDOKAI [SUKAN TAHUNAN] KAMEGAWA SHOOGAKKO

Bersemangat semuanya......
Kena angkat kerusi dari kelas ke khemah
Baru sampai , duduk betul2 tepi tempat acara sukan
Cuaca panas tapi angin sejuk nyaman
 
Suasana hari sukan..
Mula2 berkumpul...
di khemah....
sebelum perbarisan...
Nabilah berdebar...
ditarik dua jejaka...
Kat M'sia tak buat lah camni...
Acara 'senamtari' SORANG BUSHI
Nabilah lepas menari..
faqihah dgn acara baling bola...
Ni dah boring la....cari tempat teduh
Nabilah berlari utk acara tarik tali yang aneh
Tarik tali ke depan dan belakang..
Waktu rehat tengahari...
Amir dgn acara bawa kayu panjang..
Faqihah 'warm up' utk acara seterusnya..
Acara yg mak minati...
Seronok tengok faqihah...
menari sambil bersenam..
Amir pula nak tarik tali...
Kami setia menyaksikan acara...
Tarik kuat2...
Acara terakhir, nabilah lari 100 m...
dapat nombor tiga..... adalah penyumbang mata rumah biru.
Sensei Amir offer ambik gambar
 
Rumah merah JUARA hari ini...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Quote:
Seperti dijanjikan , tepat 6.05 pagi, terdengar bunyi tembakan 5 das , jelas kedengaran walaupun rumah kami jauh dari sekolah. Kata sensei anak2 , itu bunyi 'hanabi' [bunga api] menandakan 'confirm' hari ini ada undokai [ setelah dibatalkan semalam sebab hujan] .

Tepat jam 9.30pagi, bermula lah acara sukan yang dinanti-nantikan.......... setelah berhempas pulas membuat latihan selama 3 minggu.......... Amir ,Nabilah & Faqihah pergi awal.......Mak ,abah, najah, Mursyid dan obaachang menyusul jam 9 pagi.........kami dah 'booking' tempat secara undian........

Seperti di Chiba, semua acara menarik belaka.......... nampaknya perjalanan majlis lebih teratur, tempat murid- murid menunggu lebih selesa berbanding di Chiba. Amir,nabilah ,Faqihah pun kata sini lagi seronok..........Mak paling suka acara Faqihah bersenam diiringi lagu 'Doeremon' dan 'Haggu shi chao' [ marilah peluk ....]

Yang paling mencabar hari ini ialah nak ambil gambar Amir dan Nabilah serentak sebab ada acara bersama darjah 3 & 4 ...... Mursyid pula nak ikut ke sana ke mari.........Waktu makan tengahari, obaachang sudi makan nasi lemak kami, bersama anak2 ......... hari ni bagi peluang 'cuti puasa'.....kesian nak berjemur dari pagi hingga petang.Mak dan abah tak boleh 'cuti' la.......... Lepas solat, abah balik rumah dulu dengan Mursyid yang dah lena.........

Di Kamegawa shoogakko, ada 3 buah rumah bertanding , merah, kuning, biru.........Amir rumah merah.Nabilah dan Faqihah rumah biru. Setiap anggota rumah bertungkus lumus menaikkan mata utk rumah mereka walaupun tiada ganjaran individu di beri.

Jam 3 petang, acara terakhir pun tamat. Rumah Amir juara tahun ini.......... seperti biasa........... juara dapat piala pusingan......tiada hadiah utk peserta..........itulah yang unik cara sukan di Jepun Pelajar2nya pun puas hati....... Para guru pun tak perlu sibuk menguruskan pembelian hadiah. Tiada tetamu jemputan khas, jadi tak perlu sediakan kerusi & khemah 'VIP' . Juga tiada jamuan untuk para guru dan tetamu [ sebab tak ada tetamu pun........], bayangkan betapa jimat nya..... . Waktu tengahari, anak2 bersantai bersama keluarga masing2 , berkelah di dalam sekolah.Kalau lah boleh buat begini masa sukan di sekolah Malaysia......









........

Pelbagai aksi menarik ketika larian 100 meter.......ada yang sempat tersenyum lagi........
....................

....................

wahhh.. anak2 ader sports day ker... Mesti kiter as parents yang excited punyer kan.. syabas to Amir, Nabilah dan Faqihah... mesti fun kan.. Thu 5-Oct-2006 06:58
Posted by:rossya  - [Link]
bila nak dtg ke hiroshima? Thu 5-Oct-2006 11:35
Posted by:man ana? radz70@yahoo.com  - [Link]
Budak2 Ishigaki pun cuti gak posa heheheh ..... seronokkan tengok dia orang kendalikan sports day ni Thu 5-Oct-2006 23:24
Posted by:yangmazni  - [Link]
Mak Najah pun gembira sungguh turun padang ni Mon 9-Oct-2006 09:50
Posted by:safadz@Ekimacho  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.