Petang ini bersama dengan warga MEBI, kami menyaksikan hanabi dari dekat. Untuk meraikan obachang yang sudi bersama kami, kami sampai jam 6.30pm untuk menyaksikan ' bon 0dori' ........ macam pertunjukan perbarisan je .........memang menarik dan penuh warna-warni. Mursyid bukan main seronok tengok ' warga emas ' yang menari-nari sambil berarak. Anak-anak seronok sekali kerana dapat melihat percikan bunga api dari dekat. Memang banyak sungguh pengalaman unik di bumi orang ni............
Assalamualaikum kak tina sekeluarga...amboi seronoknye kak tina kat sana dapat pulak oobachan yang baik hati macam tu...kami kat sini macam faham2lah..Jepun tak sudi nak ambil jadi anak angkat....beruntung dapat jiran macam tu. Jagalah hubungan baik tu..Obachan tak buat untuk kak tina dan encik putra......
Tuah orang nampak di kaki. Beruntungnya hidup di Jepun dapat menerima layanan First Class dari tuan tanah pulak tu. Gambar pun makin canggih nampaknya.