 |
|
Want your own Fotopage?

|
|

By: Latinah Mohamad
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 12:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
PEACE MEMORIAL PARK, HIROSHIMA - SERIBU KENANGAN
|
 |
|
Bukti trajedi 6 Ogos 1945
|
|
 |
|
jam yang berhenti pada detik bom dijatuhkan
|
|
 |
|
hiroshima...menjadi padang jarak padang terkukur
|
|
 |
|
detik hitam itu...
|
|
 |
|
menjadilah sebegini....
|
|
 |
|
sedih sungguh membacanya...
|
|
 |
|
pengsan rasanyer jika melihat sendiri mangsa selepas letupan
|
|
|
 |
|
letupan bom atom uranium
|
|
 |
|
baca pun dah sayu...
|
|
 |
|
gambaran mereka yang dipanah sinaran radioaktif
|
|
 |
|
makanan bekalan ke tempat kerja hangus dek sinaran radioaktif
|
|
|
 |
|
banyak bukti sebegini dipamerkan..
|
|
|
|
 |
|
serpihan asal bangunan..
|
|
 |
|
tangga ini tempat mayat manusia hangus..
|
|
 |
|
betapa gigihnya mereka....
|
|
|
 |
|
rambut pun disimpan..
|
|
 |
|
lidah mangsa juga jadi bahan bukti
|
|
 |
|
diluar muzium
|
|
 |
|
masih dalam muzium
|
|
 |
|
kenangan dalam muzium lagi
|
|
|
 |
|
inilah cara bom atom meledak..
|
|
 |
|
dihadapan muzium
|
|
|
 |
|
di tepi sungai...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Quote: |
Barulah jelas difahami sejarah yang berlaku pada 6 Ogos 1945.... memang sayu hati bila membaca rentetan peristiwa yang dialami oleh mereka orang awam pada pagi itu...... Rasa berbaloi dapat bawa ibuku dan Angah [kakak sepupuku] ke sini ......
Sangat menarik sekali catatan sejarah yang diceritakan di muzium ini, lengkap dengan video , termasuk beberapa minit sebelum saat berlakunya letupan bom .....Lepas tu, ada tv di setiap sudut dengan pelbagai bahasa , termasuk bahasa Malaysia...... . Jika di hayati , boleh 'terasa' keperitan mangsa trajedi waktu tu....elok sangat la untuk generasi muda ....termasuk lah aku....yang lahir 24 tahun selepas peristiwa ini... [perasan muda la tu ]
|
Gambaran keadaan mangsa selepas terkena sinaran radioaktif [kiri] dan pakaian mangsa yang masih disimpan sebagai bukti[ kanan ]

| Quote: |
SUASANA Hiroshima pagi itu - Isnin, 6 Ogos 1945, tenang seperti hari sebelumnya. Suhu kira-kira 26 darjah Celcius cukup nyaman. Walaupun Jepun dilanda peperangan, kehidupan di bandar yang berpenghuni 400,000 hingga 500,000 orang, berjalan seperti biasa.
Penduduk sudah lali dengan kehadiran pesawat Tentera Berikat. Mereka segera lari menyorok dalam lubang perlindungan yang ada di mana-mana jika terdengar bunyi deruman pesawat. Penduduk Hiroshima tidak tahu bahawa sesuatu yang amat dahsyat akan menimpa mereka.
Kapal terbang pengebom B-29 yang berlepas dari Pangkalan Udara Tinian di Guam, berada di ruang angkasa Hiroshima pada jam 8.15 pagi. Kira-kira 17 saat kemudian, bom atom (Uranium-235) dilepaskan dan seminit kemudian, bom yang dikenali sebagai Little Boy meledak di udara.
Sasaran awal adalah Jambatan Aioi, tetapi pusat ledakan adalah di atas Hospital Shima, bersebelahan Dewan Promosi Perindustrian Hiroshima yang kini dikenali sebagai Kubah Bom Atom.
Natijahnya, kira-kira 60,000 orang terbunuh serta merta! Sesudah Hiroshima, tiga hari kemudian giliran Nagasaki pula menjadi mangsa kekejaman `Little Boy’.
KUBAH bom atom yang menyimpan sejarah hitam Hiroshima.
Kira-kira 39 tahun kemudian (1984), statistik melalui Buku Rekod Kesihatan, melaporkan anggaran mangsa yang terbunuh di Hisroshima bertambah enam kali ganda, iaitu seramai 368,000 orang. Ramai yang mati selepas menanggung derita akibat kesan radioaktif bom atom.
Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sentiasa dikenang sebagai antara tragedi kemusnahan manusia dan alam paling menyayat hati.
|

|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|